PIGMENTASI BOLEH DI ATASI DENGAN MEMECAH SEL MELANIN DI BAWAH LAPISAN KULIT

Pigmentasi adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu. Tompokan hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes. Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

JENIS-JENIS JERAGAT YANG SERING TERJADI

JENIS-JENIS JERAGAT

Jeragat sering terjadi kepada individu yang mudah terdedah kepada sinaran ultraviolet, atau bagi wanita yang mengambil pil hormone. Jeragat kerap kali kepada wanita berbanding lelaki dan jarang-jarang terjadi kepada gadis. Jeragat lebih kerap terjadi kepada wanita yang sedang mengalami perubahan hormone.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PRODUK BERACUN

Berhati-hati bila memilih produk untuk memudarkan jeragat. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji yang mengatakan jeragat boleh hapus dalam masa 3-7 hari. Periksa betul-betul supaya tak jadi mangsa produk timbang kilo

JOM KENALI 3 KAEDAH KHAS UNTUK ATASI PIGMENTASI

  • Memecahkan melanin tersebut kepada partikel halus dan menghapuskan melanin didalam epidermis

  • Partikel halus yang telah di pecahkan dengan rawatan khas akan beransur hilang mengikut rawatan berkala

  • Mengaktifkan pertambahan lapisan kolagen yang berkurangan akibat penuaan menjadikan kulit semakin cerah

  • Tona kulit menjadi lebih sekata tanpa tompokan hitam di luar dan di bawah lapisan epidermis

  • Merawat masalah jeragat berakar hingga ke bawah lapisan kulit