Kembali Kurus Dengan Rawatan Terapi Enzim

Tahukah anda obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik? Adakah anda pernah berhasrat untuk diet tapi berat tak turun turun? Tahukah anda apa itu terapi enzim?

Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun didalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius


Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan. Obesiti ini boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti diabetes, masalah lemak dan kolesterol di dalam badan, tekanan darah tinggi, masalah sendi atau osteoarthritis, penyakit jantung dan vascular. Obesiti ini juga boleh menyebabkan batu karang, infarksi serebrum, masalah pernafasan, ketidaksuburan, haid tidak menentu, pembocoran air kencing, masalah pedih hulu hati dan juga masalah tekanan perasaan.

Hormon yang penting bagi membakar lemak adalah hormon tiroid. Kelenjar tiroid berada di leher. Ia merupakan sebuah kelenjar kecil berbentuk rama-rama. Tanpa kelenjar ini manusia tidak dapat menjalani kehidupan dengan sihat. Hormon tiroid begitu penting bagi fungsi tubuh badan kita. Sesetengah makanan boleh merosakkan hormon tiroid antaranya pewarna makanan, ubat-ubatan, pengawet makanan dan makanan yang diproses. Sinar X juga merosakkan hormon kita.

Kerosakan hormon tiroid boleh dibaiki namun kadar pembaik pulihnya berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang lain. Bagi mereka yang bernasib baik, apabila membuat perubahan dalam jadual pemakanan, mengamalkan senaman dan menjalani terapi berlaku baik pulih pada hormon tiroid mereka.

Mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Tubuh mereka akan mula membakar lemak dan berjaya menjadi kurus serta cantik. Mereka juga akan berjaya mengekalkan berat badan yang ideal kerana hormon tiroid yang tinggi menghalang lemak daripada berkumpul.

Kekurangan hormon tiroid menyebabkan cecair berupa lendir berkumpul di bawah kulit menjadikan kulit kelihatan merening dan tidak cerah. Tubuh juga berbau kerana kesan inflamasi atau radang pada kulit. Kulit mereka biasanya tampak kusam dan seri wajah hilang.

Hormon yang rosak tidak dapat sembuh membuatkan beliau tidak dapat menjadi kurus. Untuk membaiki keadaan itu beliau memerlukan rawatan yang spesifik. Saiz kelenjar hormon berbeza-beza dalam tubuh kita. Jika kita tengok saiz hidung, mulut, tangan dan bibir manusia semuanya berbeza. Begitu jugalah dengan kelenjar di dalam badan. Saiz dan bentuknya berbeza dan itulah yang menjadi penentu terhadap kadar keaktifannya.

Bagi saya mereka yang obes dan berjaya menurunkan berat badan dengan sedikit usaha berdiet dan bersenam merupakan golongan yang bernasib baik kerana mereka memiliki kelenjar hormon yang dapat dipulihkan dengan cepat. Bagaimana pula dengan kebanyakan yang tidak berjaya. Pemeriksaan tahap hormon di dalam badan adalah penting bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan. Pemeriksaan darah amat penting bagi melihat jumlah hormon. Hormon tiroid perlu berada pada tahap yang tertinggi (7 -8) bagi membolehkan lemak dibakar dengan berkesan.

Rawatan enzim yang akan mempercepatkan lagi proses metabolik berlangsung. Peningkatan kadar metabolik memberikan hasil yang menakjubkan pada tubuh badan kita. Seseorang akan mengalami penurunan berat badan, tenaga yang lebih baik dan mereka juga kembali tenang dan gembira.

Fungsi utama kelenjar tiroid adalah mempertahankan laju metabolisme yang sesuai. Kalsitonin yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid penting untuk metabolisme kalsium dan juga bekerja untuk mengurangi konsentrasi kalsium plasma darah. Hal ini mencegah terbentuknya osteoklas-osteoklas baru (Martinelli & Fontana, 1990). Ketidakseimbangan dapat menyebabkan tulang-tulang melemah.

Fungsi kelenjar tiroid adalah sebagai berikut:
– Meningkatkan volume darah
– Meningkatkan curah jantung
– Meningkatkan kebutuhan terhadap vitamin
– Mengatur laju metabolisme
– Mengatur tumbuh-kembang
– Memetabolisasi iodium
– Merangsang sintesis protein
– Meningkatkan konsumsi oksigen

Enzim hadir secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Bekalan enzim daripada sumber makanan dapat meringankan bebanan organ-organ di dalam tubuh manusia, malangnya tabiat mengambil makanan yang telah dimasak, memusnahkan enzim dari sumber makanan seterusnya membebankan organ dan dalam sesetengah keadaan menyebabkan kekurangan enzim seterusnya meningkatkan kegagalan fungsi sesetengah organ. Oleh yang demikian pengambilan enzim tambahan merupakan alternatif yang baik.

Enzim ialah sejenis protein kompleks yang unik dan merupakan makanan tambahan yang bertindak sebagai pemangkin yang penting untuk metabolisma dan pelbagai perubahan kimia dalam tubuh manusia supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna. Kekurangan enzim akan membantutkan tumbesaran, menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga dan lain-lain.

Pernahkan anda tahu apa itu Enzim? Apakah kepentingan enzim untuk tubuh badan kita? Apakah yang akan berlaku jika tubuh badan kita kekurangan enzim?

Enzim membantu dalam penjagaan kesihatan tubuh badan kita. Selain kepentingannya dalam proses pencernaan, enzim dapat digunakan untuk mendiagnosis dan mengubati penyakit. Namun tahukah anda, gaya hidup yang “sembarangan” dapat merosakkan dan mengurangi jumlah enzim dalam tubuh kita. Pengambilan secara berlebihan daging, telur, susu, dan ubat-ubatan, kurang minum, mengunyah terlalu cepat, meminum minuman beralkohol dan kafein, kurang bersenam, stress, serta merokok dapat mengurangi jumlah enzim dalam tubuh kita.

Setiap sel dan tisu mempunyai aktiviti dan peranannya tersendiri yang memerlukan perubahan berterusan dalam keadaan biokimianya. Enzim adalah pemangkin kepada aktiviti-aktiviti ini, memudahkan dan mempercepatkan proses sintetik dan analitik tertentu.

Soalan: Kononnya diet tapi badan macam tu jugak, mengapa jadi macam tu??

Jawapan: Kerana cara pemakanan kita sekarang sangat mencabar sistem penghadaman, menyebabkan kitaran anabolic dan kitabolic jadi tidak seimbang. Ia akan menjadi rosak dan menyebabkan lemak cenderung untuk berkumpul dan tidak mudah pecah.

KESAN KEKURANGAN ENZIM DALAM BADAN

  • Berisiko mendapat penyakit metabolik
  • Berat badan tidak ideal
  • Mudah letih
  • Mudah rasa lapar
  • Tidak mampu bersenam
  • Masalah haid tidak menentu bagi wanita

APA ITU TERAPI ENZIM?

Terapi enzim ialah kaedah meningkatkan aktiviti enzim dengan penambahan bahan yang dipanggil koenzim atau kofaktor. Koenzim dan kofaktor terdiri daripada vitamin dan garam mineral yang terdapat dalam makanan tertentu. Vitamin B Kompleks contohnya merupakan koenzim bagi lebih 200 enzim. Dengan kehadiran vitamin ini tubuh kita boleh bekerja dengan baik dan sihat. Magnesium pula merupakan kofaktor bagi lebih 300 enzim yang penting. Kekurangan enzim menjadikan tubuh lemah dan lesu kerana enzim tidak mampu bekerja, penambahan vitamin dan mineral sebegini sering menjadikan seseorang lebih sihat dan aktif.

MANFAAT RAWATAN TERAPI ENZIM

1) Dapat susuk tubuh badan yang diidamkan

2) Miliki berat badan yang ideal

3) Lebih segar dan bertenaga

KESAN-KESAN TERAPI ENZIM

1. Mereka yang berdiet tidak merasa lapar atau memuncak selera makan
2. Keinginan untuk makan menurun dan tidak lahap untuk makan meskipun berpuasa
3. Peningkatan metabolic membuatkan mereka selesa dalam kehidupan seharian
4. Tidur yang lebih berkualiti
5. Pergerakan usus lebih baik dan mudah membuang air besar
6. Kuku kelihatan merah dan tidak pucat
7. Kadar tekanan menurun
8. Masalah kulit dan fungi sembuh
9. Tidak merasa kebas
10. Kadar keletihan berkurangan
11. Rasa mengantuk berkurangan.
12. Lebih fokus pada aktiviti seharian
13. Kurang masalah kerap kencing terutama selepas makan berat
14. Lebih tenang dan tidak cepat marah
15. Tenaga yang lebih baik
16. Lebih gembira dalam aktiviti seharian

VIDEO TESTIMONI

TESTIMONI RAWATAN

                    

Kisah Fara

“Fara benci tengok cermin. Muka Fara bulat, kembang. Mata jadi sepet dan pakai makeup pun tak membantu. Bila jumpa kawan kawan lama, dorang pun tak kenal Fara. Fara dulu pernah menang ratu cantik peringkat kampung. Memang la orang gemuk ni hilang kecantikkanya.” Saksikan testimoni kami. Bukan Puan Fara seorang sahaja yang sudah pulih dari masalah yang membelenggu hidupnya malah beratus ratus orang lagi. Telah pun merasai nya.

Dapatkan berat badan yang anda impikan sekarang dengan rawatan Terapi Enzim sementara harga promosi masih ada. Rawatan Terapi Enzim dapat membantu anda dalam mendapatkan  susuk tubuh badan yang diidamkan serta memiliki berat badan yang ideal.

© 2015 - 2019 Marissa Health & Beauty Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.